Tips SPM 2015/2016

Saturday, December 05, 2015 Admin 0 Comments


Bagi  admin,
       SPM merupakan satu ujian yang sangat penting dalam hidup saya. Walaupun ramai orang berkata bahawa SPM tidak lah penting, tetapi bagi Admin, SPM merupakan suatu ujian yang amat penting kerana ia akan menentukan masa depan seseorang pelajar tersebut. Selepas SPM, kita dapat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi(Foundation) dan lain-lain di mana-mana tempat menimba ilmu di dalam mahupun di luar negara. 

       Bila sebut pasal SPM, semua pelajar tingkatan 5, atau pun tingkatan 4, akan berasa sangat gementar. Perkataan tersebut merupakan suatu benda yang amat digeruni.
Yalah, ini semua kerana pelajar yang di tingkatan 4 tidak akan rasa mahu belajar(majoritinya lah) disebabkan baru saja tamat ujian tingkatan 3 iaitu PMR(bagi batch 1998 dan ke bawah) atau PT3(bagi batch 1999 dan ke atas).

         Wahai pelajar tingkatan 3 yang membaca artikel ini, anda haruslah belajar bersungguh-sungguh ketika di tingkatan 4 KERANA ia penting dan bukan masanya untuk MERDEKA. Pelbagai perkara yang harus dipelajari terutamanya pelajar aliran sains. Dengan FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, MATEMATIK TAMBAHAN dan lain-lain. Semua ini merupakan subjek yang amat susah dan memerlukan para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan penuh perhatian. 

          Bagi pelajar aliran sastera pula, janganlah memandang ringan akan subjek seperti PSV, Geografi dan lain-lain. Ini semua merupakan satu titik permulaan bagi anda semua. Kita haruslah berusaha dari awal dan bukannya seminggu sebelum ujian baru nak belajar. Itu perkara yang mustahil kecuali otak anda merupakan sebuah mesin fotostat yang boleh mengingati pelbagai perkara. TAPI, walaupun otak anda merupakan mesin fotostat, anda haruslah peka dan bijak menggunakan akal fikiran anda kerana soalan alaf ini kebanyakan mengandungi soalan KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

            Anda haruslah ingat untuk mengulangkaji pelajaran. Mengulangkaji pelajaran tidak semestinya bermaksud anda membaca buku nota ataupun buku rujukan sepanjang masa, tetapi anda boleh menonton video yang berkenaan dengan pelajaran. Contohnya video daripada Astro Tutor TV, edunation.my , khanacademy.org dan lain-lain. Video adalah lebih baik daripada membaca kerana anda akan lebih memahami apa yang anda pelajari. Itulah yang apa admin buat semasa SPM. Best lagi daripada membaca buku kerana ia tidak membosankan dan mata tidak lesu. 

                  Anda juga haruslah rajin membuat latihan. Belilah buku yang mempunyai pelbagai latihan di dalamnya(terutama sekali buku matematik tambahan). Ini akan membantu anda memahami cara untuk menjawab sesuatu soalan ini dan akan membuatkan anda lebih mengenali bentuk serta corak soalan SPM. Jika anda inginkan lebih lagi, anda boleh beli buku soalan SPM beberapa tahun lepas untuk mengulangkaji. Tetapi, anda harus ingat bahawa buku soalan-soalan SPM yang lepas tidak semestinya akan sama jenis serta bentuk soalan. Ini disebabkan oleh pengenalan KBAT di dalam semua matapelajaran dan anda haruslah peka dengan perkara di sekeliling anda. Anda haruslah berfikir di luar kotak untuk menjawab soalan KBAT. Itu merupakan perkara yang amat penting. OK.



           Para pelajar, ingatlah bahawa usaha itu datang daripada hasil kerja yang tekun. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Diharapkan anda semua akan berjaya dalam kehidupan dan dalam ujian yang akan datang. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.


BELAJARLAH WAHAI KAWAN-KAWANKU KERANA ILMU ITU TIDAK DAPAT DIKIRA DENGAN ILMU MATEMATIK TAMBAHAN MAHUPUN CALCULUS.

0 comments: