Review Bagi Ford Ranger 2016

Di Malaysia, terdapat Enam(6) buah model yang telah di bawa masuk untuk dijual di pasaran nasional. Antara modelnya ialah 2.2L XL Manual 4x4 High Rider, 2.2L XLT Manual 4x4 High Rider, 2.2XLT Automatic 4x4 High Rider, 3.2L XLT Manual 4x4 High Rider, 3.2L XLT Automatic 4x4 High Rider, dan 3.2L Wildtrak Automatic 4x4 High Rider. Kalau adminlah, admin pilih 3.2L Wildtrak Automatic 4X4 High Rider. Ini kerana ia mengadungi spesifikasi yang premium daripada lima model yang lain.

Ranger yang terbaharu ini juga boleh meredah air yang setinggi 800mm dan ini merupakan benda yang pertama dalam kelasnya. Syabas Ford. Ford Ranger juga menggunakan Shift-on-the-fly untuk menukar daripada 2H kepada 4H atau 4L dan sebaliknya. Ini merupakan cara yang paling senang dan bukannya seperti Toyota Hilux yang perlukan benda yang seperti gear untuk menukar 2H kepada 4H/4L. Ford Ranger ini juga mempunyai ketinggian setinggi 230mm daripada tanah.
Tiba masanya untuk bercakap mengenai enjin. Versi Ranger yang mengunakan 3.2L TDCi, mempunyai 3.5 tan kekuatan menarik "towing capability", 200PS kuasa, dan 470Nm torque. Manakala versi 2.2L TDCi, juga mempunyai kekuatan menarik sebanyak 3.5 tan, 160PS kuasa, dan 385Nm torque.
Ranger dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Roll-Over Mitigation, Hill Launch Assist, Hill Desent Control, Trailer Sway Control, Traction Control, Adaptive Load Control, Emergency Brake Assist dan Electronic Power-Assisted Steeering. Manakala versi Wildtrak mempunyai ciri keselamatan tambahan seperti Lane Departure Warning, Forward Alert & Collision Mitigation by Brakes, dan Distance Indication & Alert.
Versi Wildtrak juga dilengkapi dengan Front Park Assist, Roof Rails, 12v Socket(Cargo Bed), Cargo Light, Adaptive Cruise Control, Cooled Console, 230V Invertor, dan Additional 3rd Point(Rear Seat).
Versi XLT 2.2L dan Versi XLT 3.2L terdapat dalam warna Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica. Manakala versi Wildtrak pula terdapat dalam versi Pride Orange dan Cool White.
Versi Facelift ini merupakan versi yang agak cantik buat admin. Admin memang peminat setia Ford Rager. Harga Ford Ranger ini bermula dengan RM 91,588.00 hinggalah RM132,188.00. Harga yang ditunjukkan adalah bagi Semenanjung Malaysia. Walapun harganya agak mahal, tetapi buat admin, ia adalah berbaloi kerana ia jauh lebih bagus dan selesa daripada Jenama Pickup yang lain yang terdapat di dalam Malaysia. Anda boleh semak laman web rasmi Ford Malaysia di http://www.ford.com.my/.
0 comments:
Post a Comment